Kelas Microsoft Powerpoint Dan Klik Dengan Bijak
14 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini diadakan khusus untuk pelajar sekolah menengah bagi membantu mereka dalam menyelesaikan tugasan berbentuk PowerPoint.Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 dan Maxis.
Peserta dapat pelajari asas-asas Microsoft PowerPoint. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint ( Hyperlink, Smart-art, Shape) dengan lebih mendalam.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut; KDB (Langkah-langkah keselamatan Internet), pengenalan dan ulangkaji Microsoft Powerpoint, memperkenalkan fungsi Mic. Powerpoint ( Hyperlink, Smart-art, Shape dan etc), aktiviti membuat slide mengenai 'Tentang Saya / About Me' , pembentangan slide peserta dan sesi pemberian hadiah. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Peserta yang telibat adalah seramai 8 orang pelajar lelaki.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: